TAHNIAH KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENDAPATKAN SERVIS PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR
Perunding Hartanah Berdaftar di USJ, Subang, Shah Alam & Puchong
Nama saya Nuril Ainur, merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar sepenuh masa dengan nombor REN 51454 di Legacy Real Property Sdn Bhd. Saya mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang hartanah dan aktif membantu pemilik, pembeli serta penyewa di sekitar USJ, Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong.
Sepanjang pengalaman dalam bidang ini, saya telah mengendalikan pelbagai urusan jual beli dan sewaan hartanah, termasuk rumah banglo, rumah berkembar, rumah teres, kondominium, apartment, tanah, kedai dan pelbagai jenis hartanah lain. Bagi kawasan USJ, fokus utama saya adalah pasaran rumah teres, khususnya di kawasan-kawasan tumpuan seperti USJ 2, USJ 4, USJ 5, USJ 6, USJ 9, USJ 11 dan kawasan sekitar Subang Jaya.
Jika anda mempunyai rumah di kawasan USJ yang ingin dijual atau disewakan, saya sedia membantu dari segi semakan harga pasaran, strategi pemasaran, mencari pembeli atau penyewa sehingga urusan transaksi selesai.Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar, saya menjalankan urusan hartanah mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan serta tertakluk kepada pemantauan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).Jika anda mempunyai hartanah untuk dijual atau disewakan, jangan ragu untuk hubungi saya.
Nuril Ainur | REN 51454
018-950 4580
Legacy Real Property Sdn Bhd
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT
Tak pasti berapa harga pasaran rumah anda sekarang?
Takut letak harga terlalu tinggi hingga susah terjual, atau terlalu rendah hingga rugi?
Tak tahu bagaimana proses jual beli atau sewaan hartanah?
Keliru tentang dokumen, pinjaman, peguam dan proses transaksi?
Perlukan duit dalam masa terdekat?
Anda mungkin perlu menjual hartanah tetapi tidak tahu cara mendapatkan pembeli dengan lebih cepat.
Terlalu sibuk untuk uruskan rumah?
Tak sempat ambil gambar, buat iklan, jawab pertanyaan dan aturkan viewing? Penat melayan pembeli yang tidak serius?
Banyak mesej dan panggilan, tetapi akhirnya cuma bertanya harga dan tidak datang viewing?
Rumah ada tunggakan pinjaman?
Bimbang keadaan semakin serius sehingga berdepan dengan risiko lelongan hartanah?
Tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau. Dapatkan pandangan dan bantuan daripada Perunding Hartanah Berdaftar untuk membantu anda merancang langkah seterusnya.
“Jual beli hartanah melibatkan banyak proses dan dokumen. Dengan bantuan Ejen Hartanah, urusan jadi lebih mudah, cepat dan teratur. Anda tak perlu pening urus semuanya sendiri dan boleh fokus pada kerja serta keluarga.”
KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH UNTUK URUSKAN JUAL BELI ATAU SEWAAN ?
Proses jual beli hartanah penting perlu difahami oleh penjual dan pembeli. Jika tidak ia akan mengambil masa yang lama dan akan menimbulkan banyak masalah sebelum selesai. Ejen Hartanah adalah orang yang mahir dan sudah arif tentang urusan jual beli hartanah, jadi ini akan memudahkan urusan kedua-dua pihak dan tidak berat sebelah. Selain itu ia akan menjimatkan masa anda dan boleh fokus pada keluarga dan kerja hakiki sekarang.
APA YANG SAYA BOLEH BANTU ANDA ?
Legacy Real Property Sdn Bhd